Bukan Sekadar Pejabat, Ini Ekosistem Keusahawanan Anda
Di UNITI, kami percaya bahawa di sebalik setiap usahawan yang berjaya ada sistem sokongan, bimbingan dan peluang yang kukuh.
Kami Wujud Sebab Usahawan Tak Patut Jalan Sendiri
UNITI Madani Entrepreneurship Centre (UMEC) + UNITI Virtual Office dibina untuk satu benda: pastikan usahawan ada "back-up system" yang kuat.
Ramai boleh bagi sewa pejabat. Tapi siapa nak bimbing masa sales jatuh? Siapa bantu dapatkan dana? Siapa buka pintu ke pasaran luar? Itu kerja kami.
UNITI Virtual Office telah beroperasi beberapa tahun dan sentiasa berkembang mengikut perubahan tingkah laku pengguna moden. Kami adalah satu-satunya penyedia virtual office dan serviced office di Menara Arina UNITI, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur.
Lokasi Kami
Level 7, Menara Arina UNITI, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, 50300 Kuala Lumpur
Ahli Aktif
270+ usahawan aktif dari pelbagai industri — startup, SME, freelancer, ejen profesional.
Satu-Satunya Di Sini
UMEC adalah satu-satunya penyedia virtual office & serviced office di Menara Arina UNITI.
Diterajui Oleh Pengalaman
Kepimpinan yang langsung turun padang bersama ahli.
Dr. Syed Omar Syed Agil
Pengarah Korporat UMEC & CEO Yayasan UNITI
"impossible is not an option when an Entrepreneur has the right support system" — beliau terlibat secara langsung memberi kaunseling kepada ahli dan memimpin sesi mentoring. Bukan sekadar nama di atas kertas.
Aziz Jaffar
CEO, Unitioffice Sdn Bhd
Tuan Hj. Jamal Mohd Amin
Presiden, UnitiAsia
Rafidah Ibrahim
Team UnitiAsia
Apa Beza Kami?
Kami bukan syarikat hartanah. Kami ekosistem.
Ekosistem, Bukan Sekadar Ruang
Dari hari pertama bisnes sampai hari nak export keluar negara — mentoring, training, dana, market access — semua bawah satu bumbung.
Support Dari Hari 1 Hingga Scale Up
Kami menyokong startup, SME, perniagaan dari rumah, dan syarikat yang sedang scale up melalui bimbingan tersusun, latihan perniagaan, bantuan dana, dan akses pasaran serantau.
Satu-Satunya Provider Di Sini
UMEC adalah satu-satunya penyedia virtual office di Menara Arina UNITI. Alamat berprestij yang unik dan eksklusif untuk ahli kami sahaja.
Lokasi Kami
Senang dicari, mudah diakses. Landmark berdekatan Hospital KL & PWTC.
Alamat Lengkap
Level 7, Menara Arina UNITI,
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia
Jom Tengok Tempat Kami
Lihat sendiri ekosistem UMEC. Book lawatan percuma — kopi on us. Tak ada sales pressure.